Input your search keywords and press Enter.

Bonus Sebulan Gaji Untuk Kakitangan Awam Selangor

M Update, 17/5/2019 – Seramai 19,244 kakitangan awam negeri di Selangor akan menikmati bonus sebulan gaji sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari, berkata Insentif Mahabbah Selangor itu membabitkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM33.84 juta. Beliau berkata, turut menerima insentif sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Selangor adalah semua kakitangan kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Insentif satu bulan gaji juga akan diterima kakitangan yang berkhidmat di semua anak syarikat kerajaan negeri. Keputusan ini adalah muktamad yang diputuskan oleh kerajaan negeri,” katanya pada Majlis Rapat Ramadan di Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, hari ini. Bayaran berkenaan akan diberikan pada 7 Jun ini sebagai tambahan pembayaran gaji selepas kakitangan awam membuat persiapan bagi sambutan Aidilfitri. – BH Online

Leave a Reply