Input your search keywords and press Enter.

Suspek Kes Bunuh Siti Kharina Direman 7 Hari

M Update, 17/5/2019 – Lelaki Nigeria yang juga suspek utama dipercayai terbabit dengan pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, A Akhiruddin@Boy Acho sehingga 23 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek berbaju denim biru, tiba di Mahkamah Sepang di sini pada jam 11.10 pagi tadi dengan kenderaan polis dalam keadaan tangan bergari.

Suspek berusia 36 tahun ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam, di sebuah kafe di pusat beli belah Cheras Sentral, Cheras, kira-kira 24 jam selepas penemuan mayat Siti Kharina. Berdasarkan siasatan awal polis di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, suspek adalah individu terakhir yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keluar dari kediaman mangsa.

Sementara itu, difahamkan, dua lagi suspek iaitu seorang lelaki Pakistan berusia 38 tahun dan wanita warga Nigeria berusia 35 tahun yang turut ditahan berhubung kes itu tidak lama selepas penemuan mayat Siti Kharina, sudah direman tujuh hari bermula semalam. – BH Online

Leave a Reply