Input your search keywords and press Enter.

Wartawan Mexico kelima dibunuh pada 2019

M Update, 17/05/2019 – Seorang wartawan dibunuh di bandar peranginan di pantai Caribbean di Mexico semalam selepas menerima ancaman maut, kata pihak berkuasa.

Beliau ialah wartawan kelima dibunuh di salah satu negara paling bahaya kepada media.

Francisco Romero, yang menyertai program perlindungan kerajaan untuk wartawan dan aktivis, ditemui mati dalam limpahan darah di luar kelab malam di Playa del Carmen, menurut pendakwa di negeri Quintana Roo.

Pejabat pendakwa raya negeri membuka siasatan kes bunuh, berkata Romero memfailkan aduan pada 12 April lalu berhubung ancaman bunuh diterimanya.

Pertubuhan Reporters Without Borders berkata, pembunuhan itu secara rasmi menjadikan wartawan sebagai negara paling bahaya di dunia bagi wartawan setahun ini pada 2019.

Tahun lalu, ia menyenaraikan negara berkenaan sebagai negara ketiga paling bahaya di dunia kepada media, selepas Afghanistan dan Syria.

Mexico digegarkan dengan gelombang keganasan berkaitan penyeludupan dadah dan rasuah dalam politik sejak beberapa tahun ini, dan bertanya terlalu banyak soalan mengenai jenayah atau rasuah boleh membawa maut. — AFP

Leave a Reply