Input your search keywords and press Enter.

2 terbunuh, pesawat laut terhempas di Alaska

M Update, 21/05/2109 – Dua terbunuh selepas sebuah pesawat laut terhempas di Alaska semalam, kata pihak berkuasa, insiden maut kedua membabitkan pesawat penerbangan tempatan sama dalam masa seminggu.

“Seorang juruterbang dan penumpang disahkan maut selepas pesawat laut Taquan Air Beaver terhempas di Metlatkatla Harbor tengah hari semalam, kata Ketchikan Gateway Borough dalam satu kenyataan.

“Tiada penumpang lain dalam pesawat terbabit.”

Mayat mangsa sudah ditemui dan dibawa ke pusat perubatan berhampiran, manakala pesawat malang itu dibawa ke pantai oleh sukarelawan, tambahnya.

Selasa lalu, sebuah pesawat Taquan Air bertembung di udara dengan sebuah pesawat lain membunuh enam orang, juga berhampiran Ketchikan di tenggara Alaska.

Setakat ini pihak berkuasa belum mendedahkan punca nahas mahupun nama mangsa yang terkorban. – AFP

Leave a Reply