Input your search keywords and press Enter.

Abang Bomba Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

M Update, 21/5/2019 – Setahun lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama yang berfungsi untuk menyelaraskan program keagamaan dan kerohanian termasuk pengurusan jenazah anggota yang terkorban ketika bertugas.

Malah, kebanyakan daripada mereka mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi dan ada di antara mereka bergelar hafiz al-Quran.

Salah seorangnya, Penguasa Bomba Luqman Ramli, 30, yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar di Mesir dengan penguasaan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Luqman memasuki maahad tahfiz pada usia 13 tahun selama empat tahun sebelum ke Maktab Mahmud, Langkawi bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Beliau berhasrat untuk menjadi anggota bomba dan sebab itu beliau mengisi permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) secara atas talian dan hasrat beliau tercapai apabila ditempatkan di unit integriti di Putrajaya.

“Berkhidmat sebagai anggota bomba menepati jiwa saya kerana berkelulusan bidang agama tidak semestinya akan bekerja sebagai ustaz.” PB Luqman.

Rata-rata netizen telah memberikan maklum balas positif atas penubuhan unit tersebut. Mereka turut memuji Penguasa Bomba Luqman Ramli kerana dapat dijadikan contoh kepada anggota bomba yang lain.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *