Input your search keywords and press Enter.

Melaka Tuan Rumah Pelancaran Bulan Kemerdekaan

M Update, 24/5/2019 – Melaka dipilih menjadi tuan rumah bagi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 yang dijadualkan 3 Ogos 2019.

Setakat ini tiga lokasi sudah dikenal pasti sebagai tempat pelancaran program iaitu di Dataran Pahlawan, Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir.

Namun begitu, ketiga-tiga lokasi ini masih di dalam peringkat perbincangan membabitkan pihak kementerian, pihak keselamatan dan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut mencadangkan satu lagi lagi lokasi baharu iaitu di Dataran Klebang.

Melaka dipilih sebagai lokasi pelancaran program sambutan bulan kemerdekaan yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih,’ adalah berdasarkan faktor sejarah di mana negeri ini menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan negara.

Majlis sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan sambutan yang akan bermula 2 petang sehingga 12 tengah malam.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply