Input your search keywords and press Enter.

SpaceX lancar roket bawa satelit internet

M Update, 24/05/2019 – Syarikat usahawan berteknologi tinggi Elon Musk, SpaceX, melancarkan roket Falcon 9 dari sini semalam, dalam misi membawa kumpulan pertama 60 satelit kecil ke orbit rendah Bumi bagi operasi perkhidmatan internet Starlink baharunya.

Roket itu dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Cape Canaveral di sini, kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan, melakar sejarah penting dalam perniagaan global untuk menambah keuntungan syarikat terutama cita-cita meluaskan bidang angkasa lepas.

Pelancaran itu dilakukan seminggu selepas dua misi dibatalkan, satu disebabkan angin kencang di Cape Canaveral dan malam berikutnya bagi mengemas kini perisian satelit dan pemeriksaan sistem.

Setiap satu daripada 60 satelit itu seberat 227 kilogram, menjadikannya beban paling berat untuk mana-mana roket SpaceX setakat ini.

SpaceX berkata, ia memerlukan sehari lagi untuk mengetahui jika semua satelit yang dihantar berfungsi dengan baik. -Reuters

Leave a Reply