Input your search keywords and press Enter.

Dijangka 1 Juta Kenderaan Masuk Kelantan

M Update, 27/5/2019 – Dijangka 1 juta kenderaan akan masuk ke Kelantan sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ia berikutan sambutan hari raya jatuh pada cuti persekolahan yang panjang. Katanya, pihaknya menjangka kenderaan ini akan masuk ke negeri ini secara berperingkat bermula awal cuti sekolah sehingga sambutan Aidilfitri.

Kita menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Orang ramai perlu mementingkan aspek keselamatan di jalan raya dan perlu cukup rehat sebelum memulakan perjalanan dalam jarak yang jauh,” katanya ketika ditemui di Program Ops Selamat peringkat Kelantan di Taman Bandar Kota Harmoni, di Tanah Merah, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengguna juga diminta supaya tidak berlumba kerana musim ini kenderaan terlalu banyak di jalan raya. Pada perkembangan yang lain beliau berkata, kes pecah rumah tahun ini berlaku peningkatan sebanyak 80 peratus berbanding tahun lalu. Oleh itu, saya menasihatkan penduduk yang mahu meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung perlu mengambil langkah keselamatan.

Mereka diminta membuka lampu bagi memberi isyarat seolah-olah ada penghuni di rumah bagi mengelakkan kediaman dipecah masuk,” katanya. – HM Online

Leave a Reply