Input your search keywords and press Enter.

5 maut minum arak tiruan

M Update, 28/05/2019 – Lima maut dan 19 lagi dirawat di hospital selepas meminum arak tiruan di Uttar Pradesh, negeri paling sesak di India, kata pegawai daerah hari ini.

Mangsa jatuh sakit selepas meminum minuman keras itu malam semalam dan dibawa ke hospital, yang menyaksikan tiga daripada mereka meninggal dunia, kata majistret Udai Bhanu Tripathi, menambah dua mati dalam perjalanan dan 19 lagi dirawat.

Pegawai kerajaan negeri berusaha memburu penjahat dan membantu keluarga mangsa, kata ketua menteri negeri itu, Yogi Adityanath, di Twitter.

Angka kematian akibat alkohol yang dihasilkan secara haram, dikenali penduduk tempatan sebagai hooch, adalah perkara biasa di India, kerana tidak ramai mampu membeli arak berjenama.

Februari lalu, lebih 250 mati selepas minum arak beracun dalam dua kejadian berasingan di utara dan timur negara itu. – Reuters

Leave a Reply