Input your search keywords and press Enter.

Dr M : Kerajaan Belum Putus Kurang Kadar Tol

M Update, 28/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan masih belum memutuskan sebarang mekanisme bagi mengurangkan kadar tol.

Perdana Menteri berkata, memang ada cadangan pihak swasta untuk mengurangkan kadar tol, tetapi ia tidak sampai membabitkan penurunan sehingga 25 peratus. Pada masa ini, kita belum dapat tentukan apa yang kita harus lakukan berkenaan tol. Memang ada cadangan pihak swasta untuk mengurangkan (kadar) tol, tetapi tidak sampai 25 peratus, ini supaya mereka dapat ambil alih, namun ini belum diputuskan kerajaan,” katanya

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dalam satu temubual baru-baru ini yang menyatakan kajian dilakukan menunjukkan kerajaan berupaya menurunkan kadar tol sehingga 25 peratus. Dr Mahathir berkata, itu adalah pendapat Daim, namun kerajaan belum membuat kajian bagaimana kadar tol boleh diturunkan sehingga 25 peratus.

“Saya tidak tahu banyak mana yang boleh kita kutip (kalau kadar tol turun 25 peratus). Kita sekarang menghadapi masalah, walaupun kita buat perjanjian untuk menghapuskan tol, tetapi apabila tol dihapus, tanggungan kerajaan akan meningkat amat tinggi sekali. Umpamanya, jika nak hapuskan tol PLUS, kerajaan kena beli lebuh raya itu dengan harga RM30 bilion sedangkan RM30 bilion itu lebih baik jika kita belanja bayar hutang untuk kurangkan sikit beban kita.

Jadi, pada masa ini kita belum dapat tentukan apa yang harus dilakukan berkenaan tol,” katanya. Dr Mahathir berkata, adalah benar rakyat akan berasa lega sekiranya tol diturun atau dihapuskan. Bagaimanapun, kerajaan tidak lega kerana tol itu akan dibayar kerajaan,” katanya. – BH Online

Leave a Reply