Input your search keywords and press Enter.

Imam Arab Saudi bantah asingkan lelaki, wanita ketika solat

M Update, 28/05/2019 – Bekas imam Masjid Haram, Sheikh Adil Al-Kabani, menggesa jemaah lelaki dan wanita tidak dipisahkan dengan penghadang ketika solat.

Dalam temubual dengan Perbadanan Penyiaran Saudi (SBC) yang disiarkan menerusi televisyen, beliau berkata pengasingan seumpama itu tidak berlaku ketika zaman Nabi Muhammad.

Beliau menegaskan, amalan itu tiada dalam ajaran Islam dan ia disebabkan ‘paranoia’ yang tidak adil terhadap wanita, walaupun ketika bersolat.

“Malangnya hari ini, kita paranoia, di dalam masjid, rumah ibadat.

“Wanita diasingkan daripada lelaki, tidak boleh melihat mereka dan cuma mendengar menerusi mikrofon.

“Jika suara terputus, mereka tidak tahu apa berlaku ketika solat,” katanya.

“Pada zaman Nabi, dan mereka amat melindungi dan manusia yang amat takutkan Tuhan.

“Ketika itu, lelaki bersolat di hadapan dan wanita di belakang tanpa ada hadangan, walaupun dengan langsir.

“Hari ini, ada bilik asing, sebahagiannya lebih jauh daripada kawasan Masjid Nabawi asal.

“Saya percaya ini adalah sejenis fobia terhadap wanita,” katanya. – Agensi


Leave a Reply