Input your search keywords and press Enter.

Kuota Haji : Malaysia Mohon Tambahan 10,000

M Update, 28/5/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi memohon kuota tambahan haji musim haji tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat, berkata buat masa ini kita belum menerima sebarang jawapan dari kerajaan Arab Saudi, namun Dr Mahathir sudah pun mengutuskan surat rasmi kepada Arab Saudi berhubung perkara ini. Sekiranya kita gagal mendapatkan 10,000 kuota tambahan, 8,000 kuota pun sudah memadai supaya dapat memendekkan tempoh menunggu bakal jemaah yang lain,” katanya.

TH mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan penerbangan dan tempat tinggal bagi jemaah haji sekiranya kerajaan Arab Saudi memberi jawapan pada saat akhir. Bila kita dapat kuota tambahan, banyak perkara kita perlu sediakan seperti penginapan dan penerbangan jemaah. Jadi, lebih awal kita terima kuota, lebih baik pengurusan kita. Kos juga akan bertambah jika jawapan diberikan pada saat akhir. Kita berharap keputusan dicapai secepat mungkin kerana penerbangan jemaah haji yang pertama adalah pada 4 Julai depan,” katanya. – BH Online

Leave a Reply