Input your search keywords and press Enter.

Pemandu, Kelindan Maut Lori Simen Jatuh Gaung

M Update, 28/5/2019 – Pemandu sebuah lori tangki dan kelindannya maut selepas kenderaan berat dinaiki mereka terbabas sebelum memasuki gaung sedalam kira-kira 10 kaki dalam satu kejadian di Jalan Ulu Tiram, pukul 7.38 pagi ini.

Penguatkuasa Bomba Kanan II, Anuar Amdzah memaklumkan, kemalangan itu turut mencederakan seorang lagi mangsa yang merupakan penumpang lori tangki berkenaan. Pemandu lori berkenaan maut selepas tercampak keluar daripada lori, manakala kelindannya maut akibat rentung selepas lori tersebut terbakar.

Seorang lagi penumpang mengalami kecederaan patah di bahu kanannya dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – Utusan Online

Leave a Reply