Input your search keywords and press Enter.

Permit daki Everest patut lebih ketat

M Update, 28/05/2019 – Ameesha Chaulan adalah pendaki terselamat dalam kesesakan di puncak Everest, beliau kini berada di hospital untuk rawatan gigitan fros.

Katanya, pendaki tanpa kemahiran asas patut dilarang sama sekali untuk mengelak tragedi ramai maut tahun ini, berulang.

Hanya dalam tempoh kurang dua minggu, 10 orang maut, selepas cuaca buruk mengehadkan masa pendakian, ia menyebabkan pendaki beratur panjang ke puncak sehingga berdepan risiko keletihan dan kehabisan oksigen.

Nepal mengeluarkan jumlah permit tertinggi musim ini iaitu sebanyak 381 dan ratusan pemohon tidak dilatih dengan betul, membuat keputusan lemah selain membahayakan nyawa sendiri dan pemandu arah Sherpa mereka.

Warga India berusia 29 tahun itu terpaksa menunggu 20 minit untuk turun dari puncak setinggi 8,848 meter, namun ada pendaki lain terkandas sehingga beberapa jam.

“Saya nampak ada pendaki tanpa kemahiran asas bergantung sepenuhnya kepada pemandu arah Sherpa mereka. Kerajaan patut meningkatkan kelayakan. Hanya pendaki mahir patut diberikan permit mendaki Everest,” katanya.

Selain kematian di Everest, sembilan pendaki maut di puncak Himalaya lain setinggi 8,000 meter, sementara seorang lagi hilang.

Sekurang-kurangnya empat kematian di puncak tertinggi dunia itu disebabkan kesesakan dengan ramai pasukan menunggu selama berjam-jam di zon maut di mana suhu lebih sejuk, udara amat nipis dan laluan amat mencabar. – AFP

Leave a Reply