Input your search keywords and press Enter.

Keluarga Adib Tiada Hasrat Saman KPKT Dan JPBM

M Update, 29/5/2019 – Keluarga anggota bomba dan penyelamat (JBPM) yang terkorban akibat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu, Muhammad Adib Mohd Kassim tidak pernah berhasrat untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JPBM.

Abang sulung mangsa, Mohd Asraf berkata, justeru tidak timbul sebarang isu lantikan peguam Syazlin Mansor yang mewakili KPKT, JPBM dan keluarga. Keluarga saya, KPKT dan JBPM mempunyai pendirian yang sama dan perkara ini sudah dibincangkan sejak awal lagi. Kami tidak pernah sama sekali mahu menyaman KPKT atau JBPM,” katanya.

Mohd Asraf,31, yang pertama kali mengeluarkan kenyataan kepada media berkata, sekiranya pihaknya mempunyai pendapat yang berbeza dengan KPKT dan JPBM, sudah tentu perkara (lantikan Syazlin) itu tidak berlaku.

“Tidak timbul isu akan berlaku konflik kepentingan antara tiga pihak, yang mana keluarga dikatakan berbeza pendirian dengan KPKT dan JBPM, dan kemungkinan keluarga memfailkan saman terhadap KPKT dan JPBM. Jika kami berbeza pendapat, perkara ini bukan berlaku sekarang sebaliknya sedari awal sebelum inkues berjalan,” katanya.

Semalam, Tommy menyenaraikan empat sebab Pejabat Peguam Negara mengarahkan Syazlin menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan dalam inkuiri tersebut. Antaranya Syazlin berada di dalam kedudukan konflik kepentingan apabila beliau bersetuju untuk mewakili KPKT dan JBPM kerana peguam itu juga turut mewakili keluarga Allahyarham Adib yang mempunyai kepentingan langsung dalam inkues ini. Kepentingan pihak-pihak ini mungkin bertentangan, dan adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima apabila beliau mewakili ketiga-tiga pihak.

Perbicaraan inkuiri itu sepatutnya bersambung pada Isnin dan Selasa minggu ini namun terpaksa ditangguhkan selepas Syazlin membuat permohonan untuk menarik diri daripada mewakili KPKT, JPBM dan keluarga. – SH Online

Leave a Reply