Input your search keywords and press Enter.

Menteri, pegawai Indonesia jadi sasaran bunuh

M Update, 29/05/2019 – Empat pegawai atasan Indonesia, termasuk Menteri Keselamatan dan penasihat perisikan presiden, menjadi sasaran dalam komplot pembunuhan gagal dilaksanakan, kemungkinan ada kaitan dengan rusuhan di ibu kota ini, kata polis hari ini.

Butiran rancangan itu didedahkan tidak sampai seminggu selepas lapan penunjuk perasaan maut dan ratusan lagi cedera dalam keganasan terburuk di ibu kota Indonesia itu sejak beberapa tahun lalu.

Ibu kota ini menjadi medan kekecohan dua malam berturut-turut, menyaksikan pertempuran antara polis rusuhan dan penunjuk perasaan yang membantah pemilihan semula Joko ‘Jokowi’ Widodo sebagai presiden di negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

Sekumpulan enam orang, yang ditahan sebelum melakukan pembunuhan, merancang membunuh pegawai dan seorang peninjau pilihan raya dalam usaha mencetuskan kekecohan di Indonesia.

Pemimpin rangkaian ditahan berhampiran lokasi rusuhan bersama senapang minggu lalu, kata polis.

Menteri Keselamatan, Wiranto; ketua Agensi Perisikan Negara, Budi Gunawan dan penasihat keselamatan dan perisikan Jokowi, Gories Mere, dan Menteri Kabinet, Luhut Pandjaitan, menjadi sasaran pembunuhan, menurut polis.

“Rancangan membunuh tokoh negara bertujuan mencetuskan ketakutan,” kata Wiranto pada taklimat akhbar hari ini.

Pihak berkuasa, yang berkata Jokowi tidak menjadi sasaran, tidak mendedahkan bila rancangan itu sepatutnya dilakukan. – AFP

Leave a Reply