Input your search keywords and press Enter.

PLUS Cadang Bina Kapsul Tidur Di R&R

M Update, 29/5/2019 – Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat, terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan.

“Kita sentiasa melihat kepada kemahuan pengguna… kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan. “Ini antara penambahbaikan fasiliti sedang dikaji dan kita berharap langkah ini nanti dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat dan mereka boleh memandu dalam keadaan segar… sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Azman berkata kapsul tidur tersebut akan dibina di kawasan rehat dan rawat (R&R) memandangkan ia mempunyai kawasan parkir kenderaan berat yang luas, selain menyediakan pelbagai fasiliti lain termasuk tandas yang lengkap dengan bilik mandi.

Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.

Maka kita akan lihat maklum balas pengguna terhadap projek rintis itu nanti dan kalau sambutannya baik, kita akan perluaskan di R&R bersesuaian,” katanya. Bernama

Leave a Reply