Input your search keywords and press Enter.

Lelaki bawa lembu dewasa naik kapcai

M Update, 30/05/2019 –  Seorang penunggang motosikal memberi senyuman ketika gambarnya dirakam ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa rendah atau kapcai sambil membawa seekor lembu dewasa di Pakistan baru-baru ini.

Perbuatan luar biasa itu dirakam oleh seorang penumpang kereta semasa melalui jalan raya sama dipercayai di satu kawasan luar bandar dekat sini pada bulan lalu.

Sebilangan pengguna jalan raya lain termasuk pembonceng motosikal dan pejalan kaki turut merakam aksi itu sambil ketawa.

Berdasarkan laporan, lembu yang disarung dengan kain berwarna putih kelabu itu kelihatan tenang ketika duduk di atas riba penunggang motosikal berkenaan.

Satu rakaman video berdurasi 34 saat menunjukkan penunggang dan lembu itu tular di media sosial serta mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna internet.

“Inilah koboi sejati!,” menurut pengguna media sosial, Kashif Cheema. Nawah Sahib pula menambah: “Ini hanya berlaku di Pakistan.”

Beberapa pengguna internet lain termasuk mereka di Pakistan menyatakan perbuatan menunggang motosikal bersama haiwan peliharaan tanpa mengira saiz termasuk lembu adalah perkara biasa di negara itu. – Agensi

Leave a Reply