Input your search keywords and press Enter.

Lulusan Cemerlang SPM Digalak ke IPG

M Update, 30/5/2019 – Lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalak memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata ia berikutan kerajaan tidak mahu lulusan cemerlang SPM hanya menumpukan kepada melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu seperti kejuruteraan atau perubatan semata-mata. Kita perlu pelajar cemerlang untuk ke IPG, ini kerana Kementerian Pendidikan membuka tawaran bagi 6,000 tempat di sana.

Selain itu, Kementerian Pendidikan juga mendapati permohonan guru yang mengajar dalam bahasa Mandarin dan Tamil juga kurang. Kita hadapi kekurangan guru yang mengajar bahasa Tamil dan Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Sebab semua nak masuk matrikulasi, akhirnya IPG mengalami kemerosotan pelajar. Jadi, kita menggalakkan pelajar cemerlang yang berminat untuk mengajar agar dapat memohon terutama membabitkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Media semalam.

“Saya tidak salahkan orang lain. Pada saya yang bertanggungjawab adalah Kementerian Pendidikan sebab belum berjaya mendidik rakyat untuk lihat masa depan yang lebih mencabar. Saya sudah bermesyuarat dengan pegawai Kementerian Pendidikan untuk melihat sekarang ini peranan kita mendidik rakyat untuk melihat pekerjaan masa depan, industri masa depan dan pasaran masa depan,” katanya.

Selain itu, Maszlee berkata, rakyat perlu dididik supaya melihat masa depan yang lebih mencabar. Ketika ini pelajar kita masih terikat dengan kursus tradisional yang biasa kita dengar seperti perubatan. Ada banyak lagi kursus yang menjanjikan peluang kerja lebih baik pada masa depan tetapi jarang diambil oleh pelajar, sedangkan ada 5,000 tempat di universiti awam membabitkan kursus sains berbeza.

Leave a Reply