Input your search keywords and press Enter.

PM Tiba Di Jepun, Lawatan Kerja Tiga Hari

M Update, 30/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Tokyo bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang menaiki pesawat khas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, kira-kira jam 9.20 malam waktu tempatan. Ketibaan mereka disambut oleh Timbalan Menteri Parlimen Hal Ehwal Luar Negara, Kenji Yamada; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa dan isteri, Yuko Miyagawa; serta Pengarah Bahagian Asia Tenggara Kedua Kementerian Luar Jepun, Shingo Miyamoto.

Hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya; Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Kennedy Jawan dan isteri, Datin Josepine Anak Dagang. Ini adalah lawatan keempat Dr Mahathir ke Jepun sejak kembali ke tampuk pentadbiran sebagai Perdana Menteri. Esok, beliau akan memulakan jadual yang padat dengan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2019 dan disusuli oleh sesi dialog bersama peserta.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan peneraju industri Jepun, selain menerima kunjungan beberapa pihak berkepentingan. Dr Mahathir dijadual berucap dalam pertemuan bersama Kelab Koresponden Asing Jepun (FCCJ) pada hari sama, sebelum diraikan dalam majlis makan malam sempena Persidangan Nikkei yang bakal dihadiri rakan sejawatannya, Shinzo Abe.

Lawatan Dr Mahathir akan diakhiri dengan mesyuarat bilateral bersama Abe di pejabat Perdana Menteri Jepun itu pada Jumaat ini sebelum berlepas pulang ke tanah air. – BH Online

Leave a Reply