Input your search keywords and press Enter.

Ringgit jatuh paras terendah dalam setahun setengah

Ringgit jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh setahun setengah berikutan kebimbangan perang perdagangan yang lebih meluas.

Sentimen pasaran terjejas selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi Twitternya bahawa tarif 5% akan dikenakan terhadap semua barangan dari Mexico bermula 10 Jun 2019.

Trump berkata tarif itu akan meningkat beransur-ansur sehingga pendatang haram berhenti masuk ke negara ekonomi terbesar dunia itu menerusi Mexico.

Pada sesi dagangan pagi ini, ringgit mencecah paras rendahnya dalam tempoh setahun setengah pada paras RM4.2025 berbanding dolar AS, paras terendahnya sejak November 2017.

Penganalisis pasaran berkata, sebarang kelemahan ringgit dalam tempoh terdekat adalah berikutan ketidaktentuan perdagangan berikutan perang perdagangan AS dan China.

Berdasarkan pergerakan semasa ringgit itu di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran, penganalisis mengunjurkan paras sokongan ringgit berada pada paras antara RM4.1565 hingga RM4.1413 dan paras rintangan pula dijangka antara RM4.2437 hingga RM4.2535 sedolar – BH

Leave a Reply