Input your search keywords and press Enter.

Tun M bimbang ramai hilang pekerjaan daripada penggabungan Telenor dengan Axiata

Baru-baru ini wakil pejabat Perdana Menteri mengesahkan tentang kebimbangan beliau berhubung pemotongan pekerjaan selepas Bloomberg cuba mendapatkan ulasan. Wakil itu, yang meminta tidak disebutkan namanya, merujuk kepada dasar tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad meminta lebih banyak perincian berhubung penggabungan operasi telekomunikasi Asia Telenor ASA dari Norway dengan Axiata Group Bhd atas kebimbangan kemungkinan kehilangan pekerjaan.

Telenor dan Axiata mengumumkan langkah itu bulan ini bagi mewujudkan sebuah syarikat dengan 300 juta pelanggan di sembilan negara. Ini adalah hasil daripada penggabungan aset Asia, Digi, dengan Axiata.

Perjanjian itu, yang akan menjadi terbesar di negara ini sejak Dr Mahathir mengambil alih pejabat perdana menteri setahun lalu, masih berjalan seperti yang dirancang meskipun menerima pertanyaan, demikian menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Telenor, yang akan menguasai 56.5% syarikat baharu itu, berkata potensi “sinergi” daripada perjanjian itu akan berjumlah AS$5 bilion. Wakil Telenor di Singapura tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan segera.

Sementara Axiata akan menawarkan skim pemisahan sukarela kepada kakitangannya di Malaysia, tidak akan ada potongan pekerjaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Jamaludin Ibrahim dalam temu bual pada Rabu. Syarikat itu kini mempunyai kira-kira 12,000 pekerja di rantau ini.

Anggaran “sinergi” adalah berasaskan pada andaian bahawa tiada kakitangan akan menerima pakej pemberhentian kerja, katanya.

Perjanjian akhir dijangka pada suku ketiga, tetapi syarikat terbabit berkata tidak ada kepastian bahawa perbincangan akan menghasilkan kesepakatan.

Mereka mensasar menyenaraikan syarikat itu di bursa saham antarabangsa dan di Malaysia. – Bloomberg

Leave a Reply