Input your search keywords and press Enter.

Dilarang Masuk Kuala Koh

M Update, 11/6/2019 – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki perkampungan Orang Asli Kuala Koh bagi mengelak sebarang jangkitan kuman pada paru-paru mereka.

Kawasan berkenaan memerlukan pengasingan kerana jangkitan dikenal pasti berlaku disebabkan pernafasan.

“Ia cepat merebak. Kita tak mahu ia merebak lebih luas, jadi kita kena hadkan dari segi pergerakan supaya mereka tidak terdedah kepada jangkitan melalui pernafasan ini. Kita tak galakkan mereka datang dan mengunjungi kawasan berkenaan, ini bukan masanya.

“Anggota kita yang ingin masuk ke sana pun kita tegaskan supaya mereka lengkapkan diri dengan peralatan yang sesuai supaya tidak dijangliti dan menjangkiti orang lain,” – Dr Dzulkefly Ahmad

Dalam pada itu, sedikit masa lagi untuk mengenal pasti secara tepat jenis virus atau bakteria yang terlibat serta punca penyakit yang menyerang masyarakat orang asli berkenaan.

Bagaimanapun pihak KKM menyangkal dakwaan punca kematian dua penduduk orang asli berkenaan disebabkan kencing tikus atau tuberculosis (TB).

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply