Input your search keywords and press Enter.

Penstrukturan Semula Oleh MKN Akan Mantapkan Lagi Esscom

M Update, 11/6/2019 – Ancaman Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai berpangkalan di Jolo, Sulu terhadap kepulauan di timur Sabah masih tinggi meskipun Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diwujudkan – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Oleh yang demikian, ESSCom akan ada penyusunan dan penstrukturan semula (dari segi) penempatan pasukan keselamatan negara yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Antaranya penstrukturan semula melibatkan struktur kawalan kawasan yang mana berlaku pertukaran pos-pos pengawal yang telah diambil alih oleh PDRM dan ATM akan dikemaskinikan.

Proses penstrukturan semula itu sedang berjalan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan ia adalah untuk memantapkan lagi ESSCom.

Sabah tersangat dekat dengan Filipina hanya mengambil masa kira-kira 15 minit menaiki bot laju sudah boleh masuk ke perairan Filipina. Maka cukup senang untuk kumpulan Abu Sayyaf melintasi sempadan perairan negara ini dengan begitu mudah sekali.

ESSCom perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang ancaman yang diterima dan tidak leka ketika menjalankan penugasan operasi.

Pada 6 Mei lepas, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengumumkan bahawa ESSCom akan distruktur semula bagi mempertingkatkan lagi keselamatan di pantai timur negeri berkenaan.

Majlis Keselamatan Negara sedang berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah ESSCom.

Sumber : Bernama

Leave a Reply