Input your search keywords and press Enter.

Polis Meninggal Selepas Solat

M Update, 11/6/2019 – Seorang anggota polis meninggal dunia sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, Kuala Muda di sini, malam tadi.

Mangsa, Fadzil Ahmad, 59, dikatakan rebah dan disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu.

Arwah itu singgah di masjid tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke Sik selepas melawat adik perempuannya, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Selepas sembahyang dia (Fadzil) rebah dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan selepas itu.

Arwah bakal bersara daripada perkhidmatan polis pada Julai depan. Jenazah Fadzil akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply