Input your search keywords and press Enter.

Banduan serah diri lepas 5 jam tahan tebusan

M Update, 12/06/2019 – Seorang banduan menggunakan senjata buatan sendiri menjadikan dua pengawal sebagai tebusan di sebuah penjara berkeselamatan tinggi di barat laut Perancis sebelum membebaskan mereka lima jam kemudian tanpa sebarang kecederaan, kata pihak berkuasa.

Unit taktikal polis tiba dengan menaiki helikopter ketika tebusan masih dalam tahanan di Pusat Pengawasan Conde-sur-Sarthe, sebuah pusat tahanan banduan berbahaya atau radikal serta individu yang mempunyai masalah disiplin yang serius.

Menurut jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian, pasukan polis elit tiba di penjara dengan menaiki tiga buah helikopter.

Menurut pihak berkuasa, banduan yang menggunakan senjata buatan sendiri itu, menahan pengawal dan seorang pelatih perempuan sebagai tebusan ketika waktu makan tengah hari.

Jurucakap Pengarah Pentadbiran Penjara Kebangsaan berkata, banduan itu membebaskan pengawal terlebih dulu, kemudian pelatih perempuan dan semua mereka berada dalam keadaan selamat, sebelum banduan itu menyerah diri.

Setakat ini tidak ada maklumat terkini berhubung bagaimana pengawal berkenaan dibebaskan atau ia membabitkan rundingan.

Sumber kementerian kehakiman berkata, banduan itu mempunyai sejarah masalah psikiatri dan menjadikan banduan lain sebagai tebusan. Dia didapati bersalah kerana merompak, merogol dan membunuh banduan lain.

Tahap keselamatan dipertingkatkan di Conde-sur-Sarthe selepas seorang banduan menikam dua pengawal keselamatan dengan menggunakan pisau buatan sendiri pada Mac lalu.

Selepas rundingan dengan banduan itu menemui jalan buntu, unit keselamatan terpaksa melancarkan serangan, menyebabkan banduan terbabit cedera. – AFP

Leave a Reply