Input your search keywords and press Enter.

Pembunuh bersiri Jerman rayu hukuman mati

M Update, 12/06/2019 – Seorang pembunuh bersiri prolifik yang dihukum bunuh kerana melakukan 85 pembunuhan dalam sejarah pasca peperangan di Jerman mengemukakan rayuan mengenai keputusan itu.

Bekas jururawat, Nils Hoegel, 42, disabitkan bersalah hujung minggu lalu kerana membunuh pesakit yang dipilih secara rawak dengan menggunakan suntikan maut.

Pembunuhan itu dilakukan terhadap pesakit berumur antara 34 hingga 96 tahun pada tahun 2000 dan 2005 sebelum dia berjaya ditangkap kerana melakukan perbuatan jenayahnya itu.

“Saya memaklumkan kepada anda bahawa defendan kini mengemukakan rayuannya,” kata jurucakap mahkamah, Melanie Bitter di mahkamah Oldenburg tanpa memberikan maklumat lanjut.

Khamis lalu, mahkamah mendedahkan jumlah rasmi mangsa Hoegel ialah seramai 91 orang kerana sebelum ini dia disabitkan melakukan enam pembunuhan lain.

Bagaimanapun, polis mengesyaki bahawa jumlah mangsa terakhir Hoegel berkemungkinan lebih 200 orang.

Namun, mereka tidak mengetahui jumlah sebenar yang dibunuh kerana mangsa kemungkinan dikebumikan sebelum pembedahan dilakukan dan kegagalan Hoegel mengingati maklumat mengenainya. -AFP.

Leave a Reply