Input your search keywords and press Enter.

Polis siar testimoni suspek pembunuhan pegawai kanan kerajaan

M Update, 12/06/2019 – Polis Indonesia hari ini menyiarkan rakaman video testimoni tiga suspek mendakwa menerima bayaran berupa wang tunai dan percutian keluarga dari seorang tentera bersara yang menyokong parti pembangkang untuk membunuh beberapa pegawai kanan kerajaan.

Bulan lalu, polis menahan enam individu disyaki merancang pembunuhan empat pegawai keselamatan dan pegawai pengundian ketika rusuhan membantah pelantikan semula Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia.

Menurut polis, sasaran pembunuhan termasuk Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, ketua agensi perisik, ketua menteri maritim dan penasihat khas keselamatan presiden.

Dalam sidang media hari ini, polis menayangkan testimoni daripada ketiga-tiga suspek yang sebahagian wajah mereka ditutup dan beberapa maklumat turut disembunyikan.

Kesemua suspek berkenaan mendakwa bahawa perancang utama pembunuhan terbabit adalah seorang mejar bersara, Kivlan Zen yang juga penyokong kuat ketua pembangkang dan bekas jeneral Prabowo Subianto.

Zen satu ketika dahulu pernah bertugas sebagai juruiring tentera kepada Prabowo.

Jentera kempen Prabowo ketika dihubungi enggan mengulas lanjut laporan berkenaan.

Ketiga suspek terbabit mendakwa sasaran pembunuhan itu diberikan Zen pada beberapa pertemuan, termasuk di sebuah masjid.

Zen kini ditahan atas tuduhan memiliki senjata secara haram dan tidak dapat memberikan sebarang komen. – Reuters

Leave a Reply