Input your search keywords and press Enter.

SME Corp menggalakkan usahawan Bumiputera sertai eksport antarabangsa

SME Corp menggalakkan usahawan Bumiputera menyertai program Galakan Eksport Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka sehingga peringkat antarabangsa.

Permohonan usahawan bagi program tersebut begitu rendah dan setakat ini daripada 1 juta usahawan Bumiputera SME, hanya 20 peratus yang menyertai usahawan eksport antarabangsa manakala 30 peratus menyertai pasaran domestik.

Peratusan penyertaan dalam mengembangkan syarikat Bumiputera masih rendah dan SME Corp sentiasa berusaha mempertingkatkan bilangan tersebut bagi memberikan bantuan dari segi kemudahan pembiayaan, kewangan dengan komponen seperti pembungkusan, pensijilan dan pengurusan sistem kualiti serta pembangunan dan inovasi produk.

Sekitar 200 ribu sahaja daripada 1 juta usahawan SME Corp Malaysia menceburi bidang eksport antarabangsa dan negeri tertinggi terdiri daripada Selangor, Pulau Pinang, Johor dan tidak ketinggalan Melaka.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Azmi Said berkata, sehingga tahun lalu, sebanyak 116 syarikat usahawan kecil dan sederhana (PKS Bumiputera) dengan 165 aktiviti ataupun projek yang diluluskan di negeri ini dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM16.7juta.

“Selain itu sebanyak 18 syarikat di Melaka juga telah lulus penilaian jawatankuasa yang melibatkan kos permohonan sebanyak RM500,095 dengan geran RM250,046,” katanya.


Leave a Reply