Input your search keywords and press Enter.

Video Dera Bayi: Polis Minta Orang Ramai Beri Maklumat

M Update, 12/6/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang kanak-kanak dipukul dan didera oleh seorang wanita agar tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video yang tular di media sosial itu boleh menghubungi balai polis berhampiran. Setakat ini, tiada laporan polis diterima mengenai kejadian itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat menerusi inbox Facebook (FB) Rasmi PDRM:https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/, Twitter Rasmi PDRM: https://twitter.com/PDRMsia, WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah di talian: 019-3019930 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. Semalam, tular di FB, klip video berdurasi satu minit 33 saat seorang wanita mendera bayi perempuan ketika mahu menukar pakaian bayi malang berkenaan.

Lebih menyedihkan, bayi itu turut dipukul pada bahagian kaki, belakang badan dan ditekan pada bahagian perut berulang kali selain ‘dijerut’ menggunakan baju. – HM Online

Leave a Reply