Input your search keywords and press Enter.

PROTON bentuk usaha sama dengan Altel

Proton Edar Sdn Bhd yang merupakan pengedar kereta dan aksesori PROTON Holdings Bhd membentuk usaha sama baharu dengan salah satu firma China, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co Ltd.

Pembentukan tersebut akan memberi manfaat kepada syarikat itu terutamanya dalam bidang teknologi digital dan sistem sambungan kerana kini ia menjadi trend antarabangsa dan dijangka akan menjadi salah satu pemacu utama jualan automotif pada masa akan datang.

Datuk Seri Syed Faisal Albar yang merupaka pengerusi PROTON menyatakan dengan perjanjian berkenaan, PROTON mengambil langkah ke hadapan dalam perancangannya untuk menjadi jenama automotif yang menawarkan produk-produk bertaraf global.

“Kerjasama seperti ini membolehkan syarikat mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam penyelesaian ketersambungan kereta yang sedang berkembang pesat dan juga meningkatkan asas pengetahuan jurutera pembangunan dan penyelidikan di PROTON.

“Ia juga membolehkan kami menerokai pelbagai kemungkinan untuk mengembangkan penyelesaian ketersambungan ke pasaran eksport PROTON, terutama di negara-negara ASEAN yang berdekatan.

“Ini akan memberi PROTON satu kelebihan teknologi di mana industri automotif kini menuju ke peringkat seterusnya dalam penyelesaian mobiliti,”.

Selain itu, beliau turut menyatakan perkara ini menjadi inspirasi Proton dalam melancarkan

Proton X70 yang dilengkapi dengan ciri-ciri sambungan yang digunakan sebagai salah satu proposisi penjualan unik (USP).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, PROTON juga sudah menjalankan pengeluaran percubaan Proton X70 di kilang pemasangan baharu PROTON Tanjung Malim bernilai RM1.2 billion yang hampir siap dibina.

Leave a Reply