Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Tak Wajibkan Hotel Guna Minyak Kelapa Sawit

M Update, 14/6/2019 – Kementerian Industri Utama tidak bercadang mewajibkan semua pengusaha hotel di negara ini untuk menggunakan minyak sawit sebagai bahan untuk memasak setiap juadah dihidangkan.

Menterinya, Teresa Kok, berkata ia selepas mempertimbangkan terdapat beberapa sajian khusus yang lebih sesuai dimasak menggunakan minyak selain daripada kelapa sawit, selain mahu pemain industri hotel bebas memilih jenis minyak masak yang sesuai dengan juadah mereka.

Bagaimanapun, saya sudah bertemu beberapa pengurus hotel sebelum datang ke Pulau Pinang dan mereka mahu menyokong kempen menggunakan minyak sawit memandangkan ia penuh nutrisi khususnya minyak kelapa sawit merah. Malah, mereka cuba menyesuaikan penggunaannya dalam beberapa juadah, selain ada beberapa tukang masak cuba menghasilkan beberapa idea baharu,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, beliau turut mengadakan sesi dialog membincangkan penggunaan minyak kelapa sawit dalam masakan pada Program Cintai Minyak Kelapa Sawit bersama Persatuan Hotel Pulau Pinang dan Persatuan Tukang Masak Pulau Pinang. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr Kalyana Sundram dan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Pulau Pinang, Khoo Boo Lim, berkata pihaknya bersedia memberi kerjasama untuk mempromosikan minyak kelapa sawit dalam masakan yang dihidangkan di hotel sekitar negeri itu. Kita meletakkan sasaran supaya semua dapur hotel di negeri ini akan menggunakan minyak kelapa sawit dalam penyediaan juadah mereka sebagai sokongan dalam mempromosikan komoditi berkenaan,” katanya. – BH Online

Leave a Reply