Input your search keywords and press Enter.

Remaja India maut gara-gara Tik Tok

M Update, 14/06/2019 – Seorang remaja India dilaporkan maut selepas ditembak saudaranya semasa mereka sedang beraksi dengan sepucuk senapang buatan sendiri untuk dirakamkan dalam aplikasi Tik Tok, kata polis hari ini.

Polis berkata, semasa kejadian remaja berusia 17 tahun dan empat anggota keluarganya termasuk sepupunya berusia 11 tahun berada dalam sebuah bilik hotel di negeri Maharashtra, barat India apabila seorang daripada mereka secara tidak sengaja menarik picu senapang.

“Kami menahan dua daripada tertuduh dan mendakwa mereka melakukan pembunuhan dan cubaan bunuh.

“Dua daripada mereka melarikan diri,” kata pegawai polis Anil Katke memberitahu AFP.

Tambahnya, sebelum melarikan diri keempat-tempat suspek sempat mengancam kakitangan hotel dengan pistol.

Pada April lalu, India mengharamkan aplikasi perkongsian video Tik Tok, tetapi terpaksa membenarkannya semula selepas ditentang dalam mahkamah.

Segelintir ahli Parlimen India mengkritik platform itu yang mereka menganggapnya mempromosi ‘ aktiviti tidak bermoral’ dan ‘menghakis nilai budaya’. -AFP.

Leave a Reply