Input your search keywords and press Enter.

12 maut, penumpang dan pemandu bas Indonesia bergaduh

M Update, 17/09/2019 – 12 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera selepas satu pergaduhan di antara penumpang dan pemandu bas, menyebabkan bas itu gagal dikawal sehingga terbabit dalam kemalangan, kata polis.

Kemalangan berlaku pada kira-kira jam satu pagi tadi (waktu tempatan) apabila koc berkenaan terbabas dan masuk ke jalan bertentangan di Jawa Barat, sebelum merempuh dua kereta dan menyebabkan sebuah trak terbalik.

Ketua unit Polis Trafik Majalengka, Atik Suswanti memberitahu AFP, ketika dalam perjalanan, seorang penumpang cuba merampas kawalan stereng mengakibatkan bas berkenaan hilang kawalan.

“Penumpang berusia 29 tahun itu cedera parah, tetapi nasib pemandu bas masih tidak diketahui,” katanya.

Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang lazim di kepulauan Asia Tenggara ditambah pula keadaan kenderaan yang uzur dan tidak diselenggara dengan baik.

Pada September lalu, sekurang-kurangnya 21 orang mati apabila sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di wilayah Sukabumi, Jawa Barat. – AFP

Leave a Reply