Input your search keywords and press Enter.

16 cedera gempa bumi kuat landa Jepun

M Update, 19/06/2019 –  Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.4 melanda Jepun dan mencetuskan amaran tsunami semalam, sebelum ia ditarik semula tanpa sebarang kerosakan besar hari ini.

Jabatan kaji cuaca negara itu semalam memberi amaran berhubung ombak setinggi satu meter yang mungkin melanda perairan Laut Jepun di utara Tokyo namun hanya gelombang setinggi 10 sentimeter direkodkan.

Agensi berkenaan turut menarik semula amaran tsunami yang dikeluarkan kira-kira dua setengah jam selepas gempa.

Gempa berukuran 6 mengikut skala Jepun itu dirasai di ibu negara iaitu 300 meter lebih jauh.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan gempa bumi terbabit sebagai berukuran 6.4.

Perdana Menteri Shinzo Abe menerusi satu kenyataan kepada wartawan berkata, kerajaan akan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk mengadakan operasi menyelamat dan memberi amaran kepada rakyat supaya berhati-hati dengan gegaran susulan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 16 cedera selepas gempa bumi itu berlaku.

Jabatan pengurusan bencana di Niigata melaporkan, seorang lelaki berusia 30-an cedera dan patah tulang selepas terjatuh dan seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh dari kerusi roda.

Di Yamagata, sekurang-kurangnya 12 orang tercedera namun pihak berkuasa masih mengumpul maklumat terperinci.

Gempa bumi berkenaan berlaku lewat malam tadi di kawasan kurang berpenghuni justeru adalah agak sukar untuk menilai jumlah kerosakan yang berlaku. – AFP

Leave a Reply