Input your search keywords and press Enter.

Seorang maut gempa bumi di China

M Update, 19/06/2019 – Dua gempa bumi kuat menggegarkan wilayah barat daya Sichuan, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut, hari ini.

Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa pertama berlaku pada magnitud 5.9, disusuli gempa kedua pada magnitud 5.2 kira-kira 30 minit kemudian.

Katanya, kedua-dua gempa berlaku pada kedalaman sepuluh kilometer dan berpusat berhampiran negeri Changning.

Media awam China berkata gegaran boleh dirasai di bandar besar di wilayah itu termasuk Sichuan dan Chongqing.

Pentadbiran Gempa Bumi China berkata, terdapat beberapa gempa susulan.

Gambar-gambar yang disiarkan media awam dalam akaun media sosial menunjukkan beberapa bangunan retak dan orang ramai berlari menuju jalan raya di beberapa bandar di Sichuan

Televisyen awam melaporkan penyelamat tiba di lokasi gempa iaitu sebuah kawasan di luar bandar dan menarik keluar beberapa mangsa yang terperangkap dalam runtuhan .

Katanya, sekurang-kurangnya seorang maut setakat ini .- Reuters.

Leave a Reply