Input your search keywords and press Enter.

Aspirasi Malaysia Jadi Negara Karbon Rendah

M Update, 24/6/2019 – Malaysia sedang menyediakan Kertas Putih Minyak, Gas dan Persekitaran terhadap Landskap Tenaga Masa Depan Malaysia bagi memastikan hasrat menjadi negara karbon rendah tercapai.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kertas putih itu sedang disediakan oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) membabitkan kerjasama pelbagai agensi, malah proses kajian juga sudahpun dimulakan dalam industri berkaitan. Kajian ini menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara karbon rendah dengan satu rangka tindakan dasar tenaga yang akan merangsang tindakan ke arah mencapai ikrar Perjanjian Paris oleh Malaysia. Tindakan PETRONAS dan rakannya yang lain menjalan kajian ini adalah perlu dihargai.

Dr Mahathir ketika mengulas lanjut, berkata PETRONAS sebagai antara pembekal gas asli cair (LNG) dunia, bersedia memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat sambil menganjurkan gas sebagai sumber tenaga bersih yang penting. Katanya, terdapat banyak sumber gas di pelbagai lokasi di dunia dan adalah sumber tenaga yang mesra alam dan berdaya saing.

“Saya juga menyedari yang PETRONAS sedang menjalankan beberapa inisiatif tenaga bersih di Malaysia dan antaranya ialah kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk bersama membangunkan projek-projek Solar Berskala Besar. Dengan komitmen PETRONAS sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif, saya percaya Malaysia akan menjadi pusat tumpuan dalam ke arah kerjasama melangkaui perkongsian minyak dan gas tradisional untuk membabitkan sektor bagi penyelesaian tenaga inovatif,” katanya.

Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor yang adalah pelaburan hiliran minyak dan gas terbesar di Malaysia, akan mengukuhkan kedudukan PETRONAS sebagai pemain utama dalam pasaran kimia di Asia apabila ia beroperasi kelak. PETRONAS juga membuat langkah besar dalam meneroka melangkaui minyak dan gas ke dalam sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Usaha syarikat baru-baru ini ke dalam sumber tenaga baru hanyalah permulaan. – BH Online

Leave a Reply