Input your search keywords and press Enter.

P. Ramlee Bayar RM10,000 Kepada Sarjan Hassan

M Update, 24/6/2019 – Setiap kali filem Sarjan Hassan ditayangkan di kaca te­levisyen, perasaan bangga turut dirasai oleh 12 anak Allahyarham Sarjan Hassan Othman.

Ini kerana filem bercorak patriotik itu dihasilkan berdasarkan sebahagian daripada kisah perjuangan wira negara itu selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee membeli skrip yang ditulis sendiri oleh Has­san de­ngan harga RM10,000. Proses awal pembikinan filem Sarjan Hassan itu diarahkan oleh Lamberto Avellana dari Filipina, tetapi tugas pe­ngarahan sehingga siap dila­kukan oleh P. Ramlee selaku pelakon utama filem produksi Malay Film Productions Ltd. (Run Run Shaw) di Singa­pura pada 1958.

Salah seorang anak Hassan, Noor Mazni, 55, berkata, perkara itu diceritakan bapanya, namun dia mengakui hanya sebahagian kecil kisah di dalam filem itu memaparkan perjalanan sebenar hidup bapanya.

Setiap tahun filem itu dita­yangkan semasa Hari Kebangsaan dan sebenarnya banyak lagi perkara menarik berkaitan bapa kami yang tidak dimasukkan dalam filem itu. Bagaimanapun, kami tetap bangga kerana ada sebuah filem menceritakan semangat dan keberaniannya (askar Melayu) mempertahankan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Noor Mazni berkata, bapanya terdorong untuk menyertai tentera kerana dendam terhadap pengganas komunis yang membunuh ahli keluarga termasuk isteri dan datuk di depan matanya. Bapa sanggup mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya untuk belajar ilmu silat sebelum menyer­tai askar. Dia belajar de­ngan beberapa orang guru sebagai bekalan untuk membalas dendam terhadap kematian keluarganya,” katanya.

Menurut Noor Mazni, bermula sebagai rekrut pada tahun 1946, bapanya ditugaskan di Batalion Pertama Askar Melayu Sungai Petani setelah tamat latihan di Depoh Port Dickson dan kemudian berpindah di Keroh, Baling, Gerik dan Tapah. Hassan yang berasal dari Kampung Pantai, Seremban dilahirkan pada 1927 dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik manakala bapanya merupakan seorang guru agama.

Menurutnya, banyak peristiwa yang pernah diceritakan bapa­nya memandangkan sepanjang berkhidmat dalam tentera, dia selalu ditugaskan di kawasan hitam dan sering bertempur dengan pengganas komunis. Katanya, antara peristiwa itu ialah bapanya pernah membunuh 54 orang komunis dan menggagalkan cubaan pengganas itu mensabotaj kemerdekaan negara kira-kira 10 hari sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Ketika pemimpin negara se­dang sibuk menjalankan persiapan bagi menyambut kemerdekaan, pengganas komunis juga menyusun strategi di kawasan hutan di Rawang untuk menggagalkan rancangan kerajaan ketika itu. Mujur niat mereka dapat dipatahkan,” katanya. Noor Mazni berkata, walaupun peristiwa itu tidak tercatat dalam sejarah negara, tetapi bapanya mahu ia dijadikan sebagai semangat kepada generasi hari ini untuk terus mempertahankan kemerdekaan yang dicapai hasil pejuang terdahulu.

Hassan yang bersara dengan pangkat kapten meninggal dunia ketika berusia 64 tahun di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban kerana serangan jantung. – Utusan Malaysia

Leave a Reply