Input your search keywords and press Enter.

Sesak Nafas : Sah Punca Bahan Toksik Sungai Kim Kim

M Update, 24/6/2019 – Kejadian di Pasir Gudang sehingga menyebabkan beberapa sekolah ditutup, disahkan berpunca daripada sisa bahan kimia yang mencemari Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, maklumat berkenaan diperolehi beliau daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melakukan siasatan di kawasan berkenaan.

“Saya dapat maklumat daripada pasukan bomba iaitu kes ini adalah kes berulang dari Sungai Kim Kim. Saya difahamkan, bahan yang dikenal pasti semasa kes Sungai Kim Kim, diberikan kepada kontraktor untuk dibersihkan dan dihapuskan. Bagaimanapun, bahan itu masih belum dihapuskan 100 peratus. Oleh kerana bahan itu terbiar di Pasir Gudang dengan (keadaan) angin dan hujan, ia kembali merebak,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, justeru kerja pembersihan dan penghapusan bahan berkenaan harus dilaksanakan secepat mungkin. Katanya, selain bomba, Jabatan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Johor juga maklum mengenai perkara berkenaan supaya bahan itu dilupuskan serta dihapuskan dengan baik. Ia sah bahan sisa kimia yang terdahulu dari Sungai Kim Kim,” katanya.

Kita akan beri kerjasama tetapi untuk mangsa, kita terus memberi bantuan bersama pihak Kementerian Kesihatan dan saya percaya, kebanyakan daripada mangsa yang dihantar ke hospital sudah pun disahkan dalam keadaan stabil,” katanya. – HM Online

Leave a Reply