Input your search keywords and press Enter.

Tun M Jadi PM Tak Lebih 3 Tahun

M Update, 24/6/2019 – Dengan tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri melebihi tiga tahun.

Kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus.

“Saya tidak akan melebihi tiga tahun.” – TUN M

Keutamaan beliau adalah untuk membolehkan Malaysia “menyelesaikan masalah (hutang) ini” sungguhpun selepas beliau berundur.

“Saya akan menjadi PM untuk membantu menyelesaikan masalah tertentu, ia mungkin mengambil masa dua tahun atau lebih, tetapi yang paling penting adalah untuk menyelesaikan masalah, lepas itu saya akan berundur, saya tidak mahu terus memegang jawatan ini,” – Tun M

“Bagi saya, saya sudah berjanji bahawa saya akan berundur dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan menggantikan saya,” – Dr Mahathir.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply