Input your search keywords and press Enter.

Britain gantung eksport gas pemedih mata, peluru getah ke Hong Kong

M Update, 26/06/2019 – Britain mendesak Hong Kong untuk menubuhkan satu badan bebas, bagi menyiasat insiden pertempuran antara pihak polis dan penunjuk perasaan.

Pada masa sama, Britain turut menggantung lesen eksport peralatan bagi mengawal sekumpulan orang ramai.

“Kami sentiasa memantau perkembangan situasi di Hong Kong.

“Malah, saya menggesa Kerajaan Hong Kong supaya menjalankan siasatan bebas mengenai kejadian ganas yang kita saksikan.

“Hasil siasatan itu akan digunakan untuk menilai semula permohonan semula lesen eksport kepada polis Hong Kong.

“Justeru, kita tidak akan mengeluarkan lesen eksport bagi peralatan mengawal sekumpulan orang ramai kepada Hong Kong, sehinggalah kita berpuas hati bahawa isu hak asasi manusia dan kebebasan sudah ditangani dengan sebaiknya,” kata Setiausaha Luar, Jeremy Hunt kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat.

Awal bulan ini, Kementerian Luar berkata, kali terakhir lesen eksport dikeluarkan bagi bom tangan dan kartrij gas pemedih mata untuk kegunaan latihan polis Hong Kong adalah pada Julai 2018. – Agensi/AFP

Leave a Reply