Input your search keywords and press Enter.

Lisa Surihani Kini Bertudung, Doakan Dia Istiqomah

PELAKON Lisa Surihani berharap agar orang ramai mendoakan agar dia lebih istiqomah dengan imej berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan.

“Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej. Pada masa yang sama, saya berharap agar mereka diluar sana supaya dapat doakan saya supaya istiqomah.

Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan. Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu.

Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada Gempak. – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *