Input your search keywords and press Enter.

Bogel tunggang motosikal gara-gara cuaca panas

M Update, 27/06/2019 –  Polis Jerman memberi amaran kepada seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Munich, ketika suhu di seluruh negara itu meningkat akibat gelombang haba.

Polis di Brandenburg memuat naik dua gambar lelaki menaiki motosikal dengan hanya memakai topi keledar dan selipar di Twitter sambil meminta orang ramai supaya meletakkan kapsyen gambar itu.

“Kami tidak mampu berkata apa-apa,” menurut polis sambil menambah hashtag #panas, #utamakankeselamatan dan #kehidupanberisiko.

Ada juga yang bertanya sama ada lelaki itu melanggar apa-apa peraturan, polis menjelaskan tindakan berbogel di tempat awam tidak salah tetapi selagi tiada aduan.

Di selatan negara itu, sekumpulan wanita yang berjemur turut tidak berpakaian di tepi sungai Isar, Munich.

Insiden itu bertukar menjadi tegang, selepas lima anggota keselamatan menyuruh mereka memakai semula bikini masing-masing, lapor akhbar Sueddeutsche. – AFP

Leave a Reply