Input your search keywords and press Enter.

US Tak Takut Kena Culik Ke?

M Update, 27/6/2019 – Baru-baru ini kecoh mengenai isu nasihat Perjalanan yang dikeluarkan US dengan menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang ditanda K iaitu mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan. Ianya ditujukan untuk Negeri Sabah yang sebelum ini pernah ada kes penculikan untuk mendapatkan wang tebusan yang mensasarkan resort di pulau dan bot yang dipenuhi oleh pelancong.

Ini sangat mendukacitakan Malaysia kerana Sabah telah dikategorikan sebagai tahap 2 iaitu yang kedua paling rendah dalam kategori 4 peringkat dari segi risiko keselamatan.

Boleh baca di sini https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/27/level-2-travel-advisory-maintained-for-eastern-sabah-says-us-ambassador/

Tapi apa yang kita lihat sekarang ni rancak je mereka buat program di Sabah. Yang terbaru harini 27 Jun sehingga 30 Jun 2019, lawatan Kapal Perang Tentera US ke TLDM Kota Kinabalu sempena Sambutan Hari Kemerdekaan US di Sutera Harbour Resort anjuran Kedutaan US di Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua, sambutan ini diadakan setiap tahun di Sabah. Siap ada konsert pop rock tu oleh Tentera Laut US sebagai acara permulaan.

Bukan setakat tu saja banyak lagi program yang mereka buat di Sabah, antaranya antaranya Borneo Outrich, Digital Maker Activity, Marine Band Presentation, Reading Session and Beyond The Moon Ceremony, dan Run Will-Save Our Species Fun Run.

Ni dah macam nak jadikan bulan US di Sabah je, macam-macam nak promosi kepada penduduk sabah termasuklah berkongsi budaya US dengan penduduk tempatan. Kata Sabah tahap 2 dari segi risiko keselamatan, tak takut ke kena culik mereka ni?

Leave a Reply