Input your search keywords and press Enter.

Pasangan Kekasih Berlumuran Darah

M Update, 28/6/2019 – Ingatkan darah tadi, rupanya cat. Gambar pasangan kekasih yang juga penuntut sebuah universiti tempatan dalam keadaan badan dipenuhi cat berwarna merah, viral di media sosial. Turut dimuat naik bersama gambar mereka adalah tong cat yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Pasangan kekasih tersebut disimbah cat berwarna merah yang bercampur dengan pasir oleh individu tidak dikenali ketika sedang berjalan kaki di kawasan belakang sebuah hospital dekat Bandar Sungai Long.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata mangsa yang tampil membuat laporan polis memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang. Menurut mangsa, perbuatan itu dilakukan seorang lelaki dipercayai warga asing dan ketika kejadian, suspek yang berkulit gelap itu memakai topi keledar berwarna hitam serta menunggang motosikal.

Suspek yang tidak dikenali itu tiba-tiba melontarkan cat dan pasir ke arah mangsa dan teman wanitanya ketika mereka berdua berjalan kaki di belakang sebuah hospital di Bandar Sungai Long. Selepas itu, suspek kemudiannya dikatakan memarahi mangsa serta teman wanitanya dalam bahasa asing dan melarikan diri sejurus kemudian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Hafizah di talian 016-6060955. Kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan dan khianat.

Leave a Reply