Input your search keywords and press Enter.

Rebus anjing hukum anak

M Update, 28/06/2019 –  Ibu kepada 15 anak dilaporkan memaksa anak-anaknya melihat dia membunuh anak anjing peliharaan dengan merebus haiwan itu, sebagai hukuman ke atas mereka.

Martha Crouch, 53, didakwa membiarkan anak-anaknya kelaparan dan memukul mereka selain membunuh haiwan peliharaan anaknya.

Menurut dokumen mahkamah, Couch mengambil anak anjing dan meletakkan ia ke dalam periuk besar dan merebus haiwan itu, sambil memaksa anaknya melihat perbuatan itu.

Dia didakwa dengan penderaan kanak-kanak dan menzalimi haiwan manakala suaminya, Timothy, 57, didakwa menghalang siasatan mengenai penderaan kanak-kanak.

Laporan menyatakan, beberapa orang daripada lapan anak lelaki dan tujuh anak perempuan pasangan itu membuat dakwaan penderaan dan pengabaian terhadap ibu bapa mereka.

Dakwaan dibuat seorang daripada anaknya menjadi sumber kepada dakwaan jenayah.

Couch dituduh memukul anak perempuannya, 17, dengan peralatan dapur, menembak anjing peliharaan remaja itu dan pada hari sama merebus anak anjing dalam periuk besar di rumah keluarga itu, menurut afidavit waran tangkap.

Siasatan Pejabat Sherif San Juan dilaporkan mendapati anak pasangan itu tidak bersekolah, tidak mendapat makanan mencukupi dan diarah bersembunyi daripada pekerja sosial. — Agensi

Leave a Reply