Input your search keywords and press Enter.

Pencemaran Udara: Tidak Ramai Murid Ke Sekolah

M Update, 1/7/2019 – Kebimbangan ibu bapa terhadap insiden berulangnya simptom akibat pencemaran udara, di sini, menyebabkan tidak ramai pelajar hadir ke sekolah, pagi ini.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok mencatatkan paling ramai murid terjejas akibat pencemaran udara, semalam, mendapati ramai tidak hadir ke sekolah hari ini berbanding kebiasaannya. Malah, ada ibu bapa dilihat membawa pulang semula anak mereka selepas pihak sekolah menasihati murid yang mengalami simptom demam dan selesema supaya berehat di rumah sebagai langkah keselamatan.

Murid sekolah itu juga dilihat tidak dibenarkan naik ke tingkat tiga dan empat sekolah berkenaan, dengan kelas sementara dibuka di dewan. Sementara itu, Nurul Syuhadah Kamaruddin, 31, dari Taman Scientex, di sini, berkata kebanyakan ibu bapa masih bimbang dengan insiden pencemaran udara, semalam, dan terpaksa merehatkan anak masing-masing di rumah.

Beliau berkata, ramai ibu bapa turut menyuarakan kebimbangan mereka dalam kumpulan media sosial, WhatsApp penjaga dan guru, malah memberikan pelbagai cadangan, termasuk meminta persekolahan ditunda jika pencemaran udara berterusan. Ibu bapa kini seperti fobia membenarkan anak ke sekolah dalam keadaan sekarang, malah kebanyakan mereka tidak mahu mengambil risiko.

Apatah lagi, kebanyakan ibu bapa adalah golongan bekerja dan jika sesuatu menimpa anak, sudah tentu akan mengurangkan tumpuan mereka di tempat kerja. Saya pun akan memantau keadaan anak di SK Kopok, hari ini, selepas mereka tidak bersekolah semalam kerana ramai murid terjejas, ” katanya. – BH Online

Leave a Reply