Input your search keywords and press Enter.

4 maut, 21 hilang bot terbalik di barat laut Pakistan

M Update, 04/07/2019 – Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 21 lagi hilang selepas sebuah bot karam di barat laut Pakistan, kata pihak berkuasa hari ini, dengan misi mencari diteruskan untuk mengesan mangsa yang masih hidup.

Bot berkenaan sedang membawa penumpang di Sungai Indus dari Shangla ke daerah Haripur di wilayah Khyber Pakhtunkhwa semalam apabila ia terbalik.

“Terdapat 38 penumpang dalam bot itu ketika kejadian dan 13 penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

“Kami berjaya menemui empat mayat dari sungai, termasuk dua wanita dan kanak-kanak,” kata pegawai polis tempatan, Zahid Ullah.

Menurut beliau, arus deras dan sungai yang dalam menyebabkan peluang mangsa untuk hidup adalah tipis namun misi mencari akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemui.

Pegawai polis kanan, Muhamamd Ali Babakhel berkata, nahas terbabit berlaku di kawasan terpencil dengan kaedah perhubungan yang terbatas, menyebabkan ia tidak disedari pihak berkuasa.

“Orang ramai hanya mengetahui kejadian ini apabila bot kedua melalui kawasan berkenaan.

“Misi menyelamat masih diteruskan namun peluang untuk mangsa hidup adalah tipis,” katanya. – AFP

Leave a Reply