Input your search keywords and press Enter.

Polis Nasihat Skuad Badar Ikut Undang-Undang

M Update, 5/7/2019 – Kumpulan Skuad Badar dinasihatkan tidak bertindak dalam apa juga cara bertentangan dengan undang-undang negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, kumpulan terbabit bukan badan penguat kuasa agama yang sah. Beliau berkata, kumpulan itu tidak mempunyai kuasa menjalankan sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan.

Perlu ditegaskan bahawa mana-mana kumpulan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dikira pertubuhan haram dan akan diambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terbabit,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad, semalam, yang menjelaskan skuad itu bakal diaktifkan semula dan kegiatan mereka akan diperluaskan ke seluruh negara sebagai usaha membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam.

Azhar dilaporkan, berkata gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin membimbangkan. Kemunculan mereka dengan nama ‘Skuad Badar al-Qubra’ dijangka pada penghujung Julai ini dengan memberi tumpuan lebih aktif demi membanteras kegiatan maksiat. Skuad Badar al-Qubra bakal diperluas ke seluruh negara dan berharap dapat kerjasama baik oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply