Input your search keywords and press Enter.

PPD Kuantan : Tiada Lagi Aktiviti Memanah Di Sekolah

M Update, 5/7/2019 – Semua sekolah di daerah ini tidak dibenarkan menjalani aktiviti memanah dalam kawasan sekolah, kata Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Mohd Razali Mustafar.

Beliau berkata arahan itu telah dikeluarkan sebelum ini, namun semua sekolah diberi peringatan semula susulan kejadian sebuah kereta ‘dipanah’ semasa sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di sini, semalam. Arahan ini bukan hanya untuk sukan memanah tetapi juga sukan lain yang berisiko seperti lempar cakera. Kita sebenarnya sudah mempunyai kawasan yang sesuai dan selamat untuk latihan sukan dan mereka yang hendak melakukan aktiviti hanya perlu ke sana.

Latihan memanah sepatutnya hanya boleh dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Talam di Indera Mahkota 15 di sini, yang lengkap dan menepati aspek keselamatan…namun mungkin lokasinya agak jauh dari sekolah yang terlibat,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. Mohd Razali berkata pihaknya juga tidak akan membenarkan sekolah yang terlibat dalam kejadian semalam, menjalankan latihan memanah di sekolah, meskipun jika pihak pengurusan mengambil tindakan memasang jaring keselamatan.

Jaring keselamatan mungkin boleh menghalang anak panah daripada keluar dari kawasan sekolah, namun bagaimana pula dengan keselamatan pelajar yang berada di dalam persekitaran sekolah. Jadi kita bertegas tidak membenarkan sekolah itu melakukan aktiviti memanah di sekolah,” katanya. Semalam, media melaporkan dakwaan seorang pesara, Tan Theam Lye, 62, yang mengatakan pintu belakang kiri kereta Suzuki Swiftnya berlubang selepas terkena ‘anak panah’ sesat di Jalan Beserah.

Tan berkata anak panah itu dilepaskan oleh seorang daripada empat pelajar sekolah bersebelahan jalan itu, yang dilihat sedang menjalani latihan memanah dengan diawasi seorang guru. Beliau mendakwa guru itu telah membayar ganti rugi sebanyak RM300, namun mahu sekolah itu meningkatkan aspek keselamatan supaya kejadian serupa tidak berulang. – Bernama

Leave a Reply